|
1. |
Menubuh dan mewujudkan satu pertubuhan perniagaan Melayu di peringkat Kebangsaan dan Negeri untuk kepentingan dan faedah Melayu di lapangan perniagaan dan ikhtisas. |
2. |
Menyatupadukan peniaga dan ikhtisas Melayu untuk kepentingan dan faedah ekonomi Melayu. |
3. |
Meningkatkan maruah dan kecemerlangan bangsa Melayu khususnya dalam bidang ekonomi di peringkat Negeri, Negara dan antarabangsa. |
4. |
Menjadi wadah perjuangan ekonomi bangsa Melayu. |
5. |
Mempastikan terjaminnya kepentingan Ahli di dalam undang-undang yang digubal atau dipinda di Malaysia yang berkaitan dengan perniagaan. |
6. |
Menentukan aktiviti DPMM Negeri dan Ahli Bergabung adalah selaras dengan asas dan tujuan Dewan. |
7. |
Menerbitkan majalah dan risalah, dan menyediakan laman web yang berkaitan dengan perniagaan. |
8. |
Membantu atau mewakili Ahli di dalam perbincangan berkenaan perdagangan, pembelian, penjualan dan lain-lain sama ada di dalam atau di luar Malaysia. |
9. |
Membuat perhubungan atau bekerjasama dengan lain-lain badan atau persatuan yang mempunyai tujuan yang sama dengan Dewan. |
10. |
Menubuhkan tabung-tabung biasiswa, amanah dan lain-lain untuk kebajikan Ahli dan sekiranya perlu untuk membantu individu Melayu, ahli pertubuhan, perbadanan dan/atau persatuan Bumiputera dan/atau orang-orang Islam yang memerlukannya. |
11. |
Mengeluarkan Sijil Tempasal (Certificate of Origin) atau lain-lain sijil ke atas barangan yang dieksport dari Malaysia dan membuat sebarang pengesahan mengikut peraturan yang ditetapkan dari semasa ke semasa. |
12. |
Membeli, menjual, menggadai, memajak, memiliki, menyewa, pindah hakmilik, menyerah, memaju dan membuat lain-lain urusan yang bersangkutan dengan harta alih dan tak alih. |
13. | Membina bangunan untuk kegunaan atau kepentingan Dewan. |
14. | Meminjam wang untuk kegunaan dan kepentingan Dewan. |
15. | Menjalankan penyelidikan dalam kesemua masalah dan untuk memajukan atau mencadangkan kaedah-kaedah tindakan dan prosedur yang dianggap perlu atau berfaedah untuk kesemua atau salah satu daripada asas dan tujuan Dewan. |
16. | Menubuhkan Yayasan untuk kebajikan, pelajaran, latihan, pengurusan dan kemahiran dalam bidang ekonomi dan perniagaan. |
17. | Menjalankan sebarang aktiviti atau apa jua langkah selain daripada perkara di atas bagi kesempurnaan perjalanan Dewan dan DPMM Negeri bagi faedah ekonomi bangsa Melayu. |
18. | Membantu mewujudkan rangkaian perniagaan di antara ahli-ahli Dewan dan ahli-ahli Dewan-Dewan Perniagaan yang lain di dalam dan di luar negara dan memberi keutamaan pengagihan peluang-peluang kepada Ahli-Ahli Dewan. |