Taklimat E-Invois Siri 3 di DPMM Melaka

  • Post author:
  • Post published:May 22, 2026

Pada 06 Februari 2025, telah berlangsung Siri ke-3 Taklimat E-Invoice: Overview of E-Invoice bertempat di Bilik Seminar DPMM Negeri Melaka. Taklimat ini sekali lagi disampaikan oleh Encik Muaz dari @aaAA Associates, Accountants.MY

Seperti siri sebelumnya, taklimat ini memberi pencerahan mendalam kepada para peserta mengenai aspek penting e-Invois, termasuk faedah, persediaan, dan implikasinya terhadap pengurusan perniagaan.

Kami mengucapkan terima kasih kepada semua peserta yang hadir dan terus bersemangat dalam mempersiapkan diri menghadapi era pendigitalan perniagaan. Semoga ilmu yang diperoleh dapat diaplikasikan untuk meningkatkan keberkesanan operasi perniagaan anda.

Nantikan siri-siri taklimat seterusnya untuk lebih banyak perkongsian berharga!

Continue ReadingTaklimat E-Invois Siri 3 di DPMM Melaka

Taklimat E-Invoice: Overview of E-Invoice

  • Post author:
  • Post published:May 22, 2026

Pada 23 Januari 2025, Dewan Perniagaan Melayu Melaka telah menganjurkan sesi taklimat E-Invoice: Overview of E-Invoice di Bilik Seminar DPMM Negeri Melaka. Taklimat telah disampaikan oleh Encik Muaz dari AA Associates.
Peserta diberikan panduan lengkap tentang pelaksanaan E-Invoice, jenis dan model E-Invoice, serta aplikasi praktikal melalui portal MyInvoice. Sesi ini bertujuan membantu usahawan memahami konsep digital invoicing dan meningkatkan kecekapan pengurusan perniagaan.

Continue ReadingTaklimat E-Invoice: Overview of E-Invoice

Sesi Libat Urus Bersama Kementerian Sumber Manusia

  • Post author:
  • Post published:May 22, 2026

Pada 16 Januari 2025, Dewan Melayu Melaka telah dijemput untuk menghadiri sesi Libat Urus bersama Kementerian Sumber Manusia bersama pemegang taruh dan pemain industri berhubung draf rang undang-undang pekerja gig.

Dewan Melayu Melaka telah dijemput sebagai pemegang taruh di dalam sesi libat urus ini. Pelbagai input telah diberikan oleh Kementerian Sumber Manusia di dalam sesi ini

Continue ReadingSesi Libat Urus Bersama Kementerian Sumber Manusia

Jemputan ke Taklimat e-Invois

  • Post author:
  • Post published:May 22, 2026

Bersedia untuk Era Pendigitalan Perniagaan!

Tahukah anda, untuk semua perniagaan, syarikat, pertubuhan atau koperasi

Bg jualan rm150k ke atas adalah mandatori untuk melaksanakan E-invoice mulai 01/07/2025?

Adakah anda sudah bersedia untuk menerokai dunia e-Invois?

🌐 Dalam usaha memacu ekonomi digital, taklimat ini akan membimbing anda memahami konsep dan aplikasi e-Invois dengan lebih mendalam.

✨ Antara topik menarik yang akan dibincangkan:

✅ Jenis-Jenis e-Invois – Ketahui pelbagai format dan kegunaannya.

✅ Model e-Invois – Fahami bagaimana model ini berfungsi dalam perniagaan anda.

✅ Consolidated e-Invois vs Single e-Invois – Apa bezanya, dan yang mana lebih sesuai untuk anda?

✅ Self-Billed e-Invois – Inovasi dalam pengurusan invois.

📅 Tarikh: 23 Januari 2025

🕒 Masa: 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari

📍 Lokasi: Bangunan DPMM

🎯 Taklimat ini sesuai untuk semua penggiat industri yang ingin meningkatkan kecekapan dan memanfaatkan teknologi digital dalam perniagaan.

Daftar sekarang dan mulakan perjalanan anda ke arah pendigitalan! 📩

Continue ReadingJemputan ke Taklimat e-Invois

Event / Program / Visit (e.g., Voice Over Talent 2024)

  • Post author:
  • Post published:May 22, 2026

19.12.2024

Puan Shirin, Timbalan YDP DPMM Melaka telah menerima kunjungan hormat dari Ibu Aziza Rahmaniar Salam, Atase Perdagangan Kedutaan Besar Republik Indonesia Kuala Lumpur. Pelbagai topik telah dibincangkan terutama mengenai kerjasama perdagangan dan hubungan dua hala kedua-dua pihak.

Semoga kunjungan ini membawa manafaat yang besar kepada usahawan kedua-dua negara dan membawa kolaborasi dan kerjasama yang lebih erat pada masa akan datang.

Continue ReadingEvent / Program / Visit (e.g., Voice Over Talent 2024)

Taklimat Khas E-Invois: Bersedia untuk Masa Depan Digital!

  • Post author:
  • Post published:May 22, 2026

Date: 30 Disember 2024 (Isnin)
Time: 9:00 pagi – 12:30 tengah hari
Location: Bilik Seminar DPMM Negeri Melaka, 71 & 73, Jalan SP 4, Taman Semabok Perdana, 75150 Melaka
Speaker: Muhammad Hafiz bin Mohd Tuah (AA Associates)
Fee: RM 100 (terhad kepada 40 peserta sahaja)

Description:
Taklimat eksklusif untuk usahawan dan pemilik syarikat tentang pelaksanaan E-Invois di Malaysia. Pelajari panduan lengkap dan praktikal melalui portal & aplikasi MyInvoice. Topik yang dibincangkan termasuk:

  • Perlaksanaan E-Invois di Malaysia
  • Mekanisme dan sistem E-Invois
  • Garis panduan spesifik E-Invois
  • Perkembangan sistem MyInvoice – API & sistem
  • Software Development Kit (SDK)
  • Praktikal melalui portal & aplikasi MyInvoice

Continue ReadingTaklimat Khas E-Invois: Bersedia untuk Masa Depan Digital!

Seminar Persijilan Halal & Geran – DPMM Melaka

  • Post author:
  • Post published:May 22, 2026

Date: 8 Disember 2024 (Ahad)
Time: 9:00 pagi – 1:00 petang
Venue: Bilik Seminar DPMM Melaka, No. 73-1, Tingkat 1, Jalan SP 4, Taman Semabok Perdana, 75050 Melaka
Fee: RM100/pax (terhad kepada 40 peserta sahaja)

Description:
Dewan Melayu Melaka dengan sukacitanya menjemput usahawan untuk menyertai Seminar Persijilan Halal & Geran, kerjasama DPMM Melaka dan QES Management Consultants Sdn Bhd. Seminar ini memberi pendedahan kepada usahawan, khususnya wanita dan usahawan muda, mengenai proses permohonan sijil Halal dan geran bagi mengembangkan perniagaan mereka.

Agenda Seminar:

  • Proses Permohonan Halal untuk 9 Skim
  • Rumah Penyembelihan MS1700
  • Logistik, Gudang & Retail MS2400
  • Farmaseutikal MS2424
  • Peranti Perubatan MS2636
  • Kosmetik MS2634
  • Barang Gunaan MS2200
  • Produk Makanan MS1500
  • Premis Makanan MS1500
  • OEM – Kosmetik & Makanan

Contact & Registration:

  • Dr Kharil: 0127783462
  • Suhaida: 0122582963
  • Daftar ke: Google Form
Continue ReadingSeminar Persijilan Halal & Geran – DPMM Melaka

Program Gegau Gegau @ Bila Larut Malam, Banda Hilir Melaka

  • Post author:
  • Post published:May 22, 2026

Date: 2 November 2024

Summary/Description:
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Negeri Melaka menyertai Program Gegau Gegau di Banda Hilir Melaka. Program ini merupakan inisiatif DPMM Melaka bersama Persatuan Solidariti Nasional (PerSoNa) Negeri Melaka, Bahagian Promosi Pelancongan (BPP), dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Program ini mendapat sambutan hangat daripada pelbagai pihak dan menampilkan interaksi antara peserta melalui persembahan berbalas pantun. DPMM Melaka diwakili oleh Puan Shirin Binti Othman, Puan Nur Nidar, Encik Ariff Qayyum, Puan Hidayah Hussin, dan Encik Jamil.

Continue ReadingProgram Gegau Gegau @ Bila Larut Malam, Banda Hilir Melaka

Program PROTECT Bersama Mahkota Medical Centre

  • Post author:
  • Post published:May 22, 2026

Description:
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia telah dijemput menghadiri program PROTECT yang dianjurkan oleh Mahkota Medical Centre. Program ini memberi kesedaran tentang kanser payudara serta menyediakan pemeriksaan kesihatan secara percuma.

Highlights / Key Points:

  • Kesedaran tentang kanser payudara
  • Pemeriksaan kesihatan percuma
  • Lokasi: Hard Rock Cafe Melaka
  • Masa: 11:00 am – 2:00 pm
  • Aktiviti termasuk pendaftaran, sesi pengenalan, ceramah kesihatan, dan majlis pelancaran
Continue ReadingProgram PROTECT Bersama Mahkota Medical Centre