
| 
DEWAN PERNIAGAAN MELAYU MALAYSIA NEGERI MELAKA No. 71 & 73, Jalan SP 4, Taman Semabok Perdana, 75050 Semabok, Melaka. Tel: 06-2832298 Fax: 06-2845663 Emel: dpmmmelaka@gmail.com  | 

| 1. | 
 Setiap nama dan syarikat berdaftar sebagai ahli Dewan dimasukkan di dalam direktori dan bank data Dewan.  Ini digunakan untuk memperkenalkan syarikat-syarikat ahli kepada pihak Kerajaan, agensi-agensi kerajaan, kedutaan Malaysia di luar negara, pihak swasta dalam negeri/luar negara dan institusi-institusi kewangan bagi mengenalpasti peniaga-peniaga Bumiputera yang layak untuk menjalankan projek mereka.  | 
| 2. | 
 Ahli Dewan juga diberi keutamaan dalam menyertai kursus-kursus latihan, seminar, forum, dialog dan berbagai-bagai aktiviti anjuran Dewan dengan bayaran minimum.  | 
| 3. | 
 Dengan menjadi ahli Dewan, peniaga Melayu dapat memperluaskan perhubungan/perjumpaan perniagaan sesama mereka atau dengan pihak luar.  | 
| 4. | 
 Bagi ahli yang menghadapi masalah perniagaan, Dewan ada menyediakan perkhidmatan kaunseling serta lain-lain bantuan dan perkhidmatan yang diperlukan oleh ahli-ahli Dewan.   | 
| 5. | 
 Dewan juga menyediakan beberapa kemudahan untuk ahli-ahlinya mendapatkan perkhidmatan faks, fotokopi, komputer, bilik mesyuarat / persidangan dan mengeluarkan sijil tempasal (certificate of origin).  |