
| 
DEWAN PERNIAGAAN MELAYU MALAYSIA NEGERI MELAKA No. 71 & 73, Jalan SP 4, Taman Semabok Perdana, 75050 Semabok, Melaka. Tel: 06-2832298 Fax: 06-2845663 Emel: dpmmmelaka@gmail.com  | 

| 1. | Menggalakkan penyertaan aktif para usahawan dan ikhtisas Melayu sebagai anggota dan/atau tenaga sokongan bagi mewujudkan satu badan yang utuh dan bersepadu.  | 
| 2. | Mengenalpasti, menggerak dan menggembeling pelbagai sumber yang perlu bagi mewujudkan satu kuasa bagi memungkinkan tindakan yang lengkap, menyeluruh dan berkekalan.  | 
| 3. | Menubuh dan mewujudkan jentera-jentera dan badan bertindak perlaksanaan bagi meningkatkan produktiviti dan mutu urusniaga Bumiputera.  | 
| 4. | Merancang strategi dan melaksanakan program-program yang berkesan bagi meninggi dan mengukuhkan prestasi ahli-ahli dan masayarakat usahawan Melayu amnya.  | 
| 5. | Mengusahakan kewujudan suatu iklim yang menggalakkan bagi memungkinkan perkembangan satu masyarakat usahawan Bumiputera yang dinamik, berwibawa dan bertaraf antarabangsa.  | 
| 6. | Mengikhtiarkan, merangka dan melaksanakan apa jua kegiatan, tindakan dan usaha yang sesuai bagi mencapai matlamat Dewan Perniagaan Melayu Malaysia.  |